Google Docs

Perisian Google Docs merupakan sebuah aplikasi yang memudahkan pengguna menulis, sunting (edit), dan bekerjasama dengan rakan lain secara atas talian. Perisian ini juga mempunyai format teks yang menarik dan paragraf. Terdapat pelbagai jenis font, gambar, lukisan dan jadual yang boleh diguna dalam perisian Goole Docs ini. 






Segalanya adalah PERCUMA selagi mana anda ada akses kepada internet. Perisian ini sesuai diaplikasikan sama ada di telefon pintar, tablet atau komputer.

Melalui Google Docs, setiap orang mampu bekerja bersama ke atas dokumen yang sama pada masa yang sama. Dokumen juga dapat dikongsi dengan rakan lain yang sedang akses di atas talian. Mereka boleh melihat, melakukan penyuntingan dan komen mengenai dokumen anda. Selain itu, apabila dokumen anda diedit oleh rakan lain, anda dapat melihat cursor bahawa perubahan sedang dilakukan oleh rakan-rakan. Contohnya, anda dapat lihat dalam video dibawah.




Dah lihat video?? Menarik bukan?? 
Setiap rakan-rakan anda dapat berkongsi maklumat yang sama pada masa yang sama!

Jom lihat video di bawah untuk penerangan lebih lanjut mengenai cara perkongsian dan sebagainya melalui Google Docs

Selamat Menonton!!



Sangat menarik bukan??

Selepas ni, anda mampu melakukan penulisan tidak kira di mana sahaja selagi mana anda ada akses internet. Dokumen yang ditulis boleh juga diakses ketika offline dengan syarat anda tetapkan pada setting dokumen.

Untuk maklumat lanjut, layari Create Amazing Document.

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment