Google Slides

Sekarang jom kita lihat perisian Google slides pula.

Perisian ini berfungsi sebagai medium anda mencipta, ubahsuai (edit), bekerjasama dalam persembahan tidak kira walau di mana anda berada. Yang paling penting, segalanya adalah PERCUMA

Google Slides menyediakan pelbagai tema persembahan, beribu jenis fonts, masukkan video, animasi, dan banyak lagi.



Jom lihat video di bawah bagi tutorial menggunakan Google Slides.


Mudah bukan? 
Fungsinya sama seperti Microsoft Power Point tetapi kelebihan perisian Google slides dapat diakses melalui internet dan dapat dikongsi dengan rakan lain di atas talian.

Tambahan lagi, anda tidak perlu menekan butang "save" selepas penyuntingan kerana segala perubahan yang berlaku adalah disimpan terus secara automatik (automatically save). Anda juga dapat menggunakan revision history untuk melihat versi yang lama, susunan mengikut tarikh dan rakan yang membuat perubahan.

Selain itu melalui Google Slides juga, anda mampu bekerjasama dengan rakan-rakan dalam slide persembahan yang sama pada masa yang sama. Wah, mudah bukan? 

Anda juga dapat berkongsi maklumat slide, komen dan edit bersama pada slide tersebut. Apabila rakan anda sedang melakukan penyunting ke atas slide, anda dapat melihat cursor selagi mana perubahan sedang dilakukan.

Bagaimana??
Jom lihat video seterusnya cara-cara yang patut anda lakukan untuk berkongsi slide dengan rakan-rakan anda.



Exactly the same like Power Point bukan? 
Tujuan yang sama tetapi ada bezanya. Google Slides dapat dikongsi dengan rakan lain (seperti dalam video di atas) malah anda dapat melihat perubahan terdahulu oleh rakan-rakan anda.

Jom lihat perbezaan yang ada antara Google Slides dan Power Point.

Selamat menonton!!





Tunggu apa lagi?
Selepas ni, anda mampu mencipta slide persembahan tidak kira di mana sahaja selagi mana anda ada akses internet. Dokumen yang ditulis boleh juga diakses ketika offline dengan syarat anda tetapkan pada setting dokumen.

Untuk maklumat lanjut, layari Create Amazing Presentations.

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment