Google Sheets

Google Sheets juga merupakan aplikasi bagi perisian Google Drive.

Melalui Google Sheets anda dapat membina jadual, graf dan carta yang menarik. Selain itu, anda juga dapat memasukkan formula, jadual berpaksi dan format sendiri mengikut kesesuaian yang anda mahu.



Menariknya perisian ini adalah PERCUMA di mana sahaja anda berada. Ia mampu diakses selagi mana anda ada akses internet tidak kira dalam komputer, telefon pintar atau tablet.


Jom kita lihat tutorial menggunakan Google SheetsSelamat menonton!!






Sangat mudah bukan?

Perisian ini sangat membantu para guru terutamanya guru matematik dalam menghasilkan graf atau carta ketika proses pengajaran. Anda bukan sahaja mampu menarik minat pelajar malah mampu meningkatkan kefahaman pelajar mengenai topik yang diajar.

Jadi kepada para guru, selepas ni anda mampu melakukan pengajaran dengan lebih menarik. Tidak kira di mana sahaja selagi mana anda ada akses internet anda mampu untuk menyediakan bahan pengajaran untuk pelajar. Hasil spreadsheets yang dibina boleh juga diakses ketika offline dengan syarat anda tetapkan pada setting dokumen.


Untuk maklumat lanjut, layari Create Interesting Spreadsheets.

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment