Google Forms

Pernah tak sebelum ini anda menggunakan borang soal selidik untuk dapatkan data atau maklumat tentang kajian?? Tentu pernah bukan. 

Haaa melalui perisian Google Forms anda dapat menjalankan pengumpulan data atau maklumat dengan lebih mudah. Tidak kira la seberapa banyak soalan yang ada, penggunaan Google Forms adalah lebih mudah dan cepat. 

Anda bukan sekadar mampu melakukan tinjauan sahaja, malah anda boleh merancang trip perkhemahan, menguruskan pendaftaran program/bengkel, mengumpul emel untuk surat, pop kuiz dan banyak lagi!!

Suka untuk saya jelaskan bahawa semua perisian ini adalah PERCUMA

Jom lihat video di bawah mengenai cara membina Google Forms.


 Sangat mudah bukan?? 
Anda hanya perlu isikan soalan dan bentuk jawapan yang boleh dipilih oleh responden. Kelebihannya, perisian ini langsung tidak memerlukan kos berbanding membina soal selidik menggunakan kertas. Bukan sahaja percuma malah mesra pengguna.

Selain itu, anda dapat melakukan tinjauan dengan kerjasama beberapa orang rakan anda pada waktu yag sama. Sama seperti ketika anda menggunakan Google Docs

Bukan itu sahaja, anda juga dapat melihat respons dari responden dengan cepat dan mudah. Bagaimana? Jom lihat video seterusnya.


Haaaa terus dapat result kan? Sangat mudah dan menarik. Walaubagaimanapun, penelitian ketika membina soalan perlulah dititik beratkan agar tidak berlaku kesilapan dalam menghasilkan keputusan kelak.

Sekarang, jom lihat keberkesanan Google Forms.


Melalui video di atas anda dapat lihat bahawa penggunaan Google Forms mampu membaiki hubungan antara guru dan pelajar. Jurang yang terhasil atas beberapa faktor mampu dikecilkan. 

Selepas ni, anda mampu melakukan tinjauan tidak kira di mana sahaja selagi mana anda ada akses internet. Dokumen yang ditulis boleh juga diakses ketika offline dengan syarat anda tetapkan pada setting dokumen.

Untuk maklumat lanjut, layari Create Beautiful Forms.

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment